Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru-16 MEI 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(Datuk Usman Awang)

Wednesday, May 13, 2009

BINA INSAN GURU

Kursus Bina Insan Guru (BIG) Siri 6/2009 yang melibatkan kelas LIPEM, LIPJ dan LIPC2 telah diadakan di Beringin Resort, Langkawi pada 5 hingga 8 Mei, 2009. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti memasang khemah, kembara, water confidence, eagle feeding, rakit, memasak, tazkirah dan persembahan kebudayaan.


"PERKHEMAHAN"

"RAKIT"

"WATER CONFIDENCE"


"Latihan Dalam Kumpulan"