Monday, June 7, 2010

Mari Kenal ePKhas

Salam semua.

Gee nak kongsi bersama rakan-rakan tentang laman web ePKhas ini, ePKhas ialah sumber e-pengajaran dan pembelajaran multimedia untuk Pendidikan Khas.

Terima kasih dan tahniah kepada pentadbir yang berjaya mewujudkan laman web ini. Semoga maklumat yang ada dapat diaplikasikan dengan jayanya.

Mari kita sama-sama kenali ePKhas dengan lebih lanjut :

ePKhas merupakan projek kajian Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. ePKhas boleh dicapai di http://epkhas.ses.usm.my. Projek ini diketuai oleh Dr. Lee Lay Wah.

Tujuan utama ePKhas adalah untuk membina dan menyebarkan sumber pengajaran digital untuk kegunaan semua pendidik dalam bidang pendidikan khas di Malaysia. Sumber-sumber digital asal dalam ePKhas merangkumi rancangan mengajar, objek pembelajaran multimedia serta artikel ringkas. Semenjak itu, sumber-sumber digital telah berkembang untuk merangkumi galeri gambar, bahan cetakan Flash serta buku bercerita multimedia.

Layarilah http://epkhas.ses.usm.my untuk info-info yang menarik.

Sumber : ePKhas, Hakmilik Assoc. Prof. Dr Lee Lay Wah

Wednesday, May 26, 2010

Cara didikan anak yang sempurna

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.

Sumber : Portal PA&MA

DEMAM - si kecil

Bila badan si kecil panas

Bayi anda merengek lagi. Kali ini bukan kerana lampinnya basah tetapi kerana badannya makin panas. Anda cuba membasahkan kain dan mengelap ubun-ubunnya. Namun, bayi terus merengek.
Tiada jalan lain, anda perlu berjumpa doktor. Nampak mudah tetapi sebenarnya anda juga perlu mengetahui apa yang berlaku kepada bayi. Ikuti panduan di bawah.

Deman
Umumnya, demam dilihat sebagai cara tubuh mempertahankan diri daripada serangan penyakit yang diakibatkan oleh virus, bakteria atau fungi. Tidak kurang pula, demam dikaitkan dengan perubahan yang berlaku pada tubuh seperti pertumbuhan gigi.
Oleh itu, demam panas disifatkan sebagai sebahagian daripada kehidupan. Biarpun demam panas pada kanak-kanak boleh dirawat tetapi ia boleh menyebabkan masalah tertentu jika tidak dirawat sebaik mungkin. Kebanyakan penyakit yang mengancam kesihatan bayi bermula dengan demam. Demam panas boleh menyebabkan kekejangan tubuh bayi atau kanak-kanak dan hal ini pasti mencemaskan ibu bapa.

Suhu
Apa yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anak mengidap demam? Paling awal sebelum anda berjumpa dengan doktor, ukur suhu badan bayi dengan menggunakan termometer. Lihat sama ada suhu badan bayi anda naik melebihi suhu normal (sekitar 37°C). Sekiranya suhu badan mencapai 41°C, adalah lebih baik sekiranya anda membawa bayi berjumpa doktor.

Bagaimana pula caranya untuk menggunakan termometer?
Sebaiknya anda mengambil suhunya dengan meletakkan termometer di ketiaknya. Pastikan anak tenang, setengah jam sebelum anda mengambil bacaan suhu. Kerana bayi yang menangis dan meronta akan menyebabkan suhunya meningkat lebih tinggi.

Pakaian nipis
Seterusnya pakaikan pakaian yang nipis. Pakaian yang nipis membenarkan pelepasan haba tubuh ke persekitaran. Jika perlu gunakan kipas angin atau pendingin udara tetapi jangan halakan ke tubuh bayi. Memandangkan demam menyebabkan kehilangan air dalam badan melalui kulit, anda digalakkan memberi
anak minum air yang secukupnya secara beransur-ansur. Rendahkan suhu badannya dengan menuam kepalanya menggunakan kain basah.

Elak bayi tidur sendirian
Pastikan anda atau suami bergilir-gilir menjaganya untuk memastikan suhu badannya stabil. Biasanya suhu badan anak akan meningkat ketika dia tidur. Jadi, pastikan dahi dan tubuhnya dilap dengan kain basah hinggalah suhu badannya pulih. Kelalaian anda mungkin boleh mengundang akibat buruk jika dia mengalami kekejangan tanpa anda sedari!

Kejang
Demam panas boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan. Ini biasa berlaku pada bayi yang berusia antara enam bulan hingga lima tahun. Usah cemas, anda sendiri boleh menangani masalah ini di rumah (melainkan keadaannya sukar dikawal).

Tanda kejang
*Tubuh kaku, rahang dan tangan kekejangan dan riak wajah berkedut.
*Bola mata berputar ke belakang.
* Keluar air liur.
*Pengsan (kadang-kadang)

Apa yang perlu anda lakukan?
*Baringkan tubuh anak di atas permukaan yang lembut, tetapi jangan menghalang pergerakannya.
*Jika anak muntah, tundukkan kepalanya ke sisi untuk mengelakkannya daripada tersedak.
*Biarkan mulut anak bebas dari menggigit sesuatu.
*Turunkan suhu badan anak dengan mengelap menggunakan kain basah atau mandikannya.
*Longgarkan pakaian anak.
*Jika nafas berhenti, berikan bantuan pernafasan.
*Setelah kekejangan berakhir, berikan anak minum air sejuk (bukan berais)

Peringatan: Jika sekiranya kejadian tersebut berterusan atau anda tidak yakin dengan kesihatannya, segera bertemu doktor untuk rawatan selanjutnya.

Sumber : Portal PA & MA

Monday, May 24, 2010

DEMAM

Suhu badan bayi saya telah meningkat ke paras yang amat tinggi. Adakah saya perlu risau?

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 97.7 darjah F / 36.5 darjah C sehingga 100 darjah F / 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 100 darjah F / 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C pada waktu petang.



Kenapa kita selalu demam?

Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel “pembersih” dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.



Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.



Apa maksud kekejangan febril?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.



Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.



Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:

• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.



Apa yang perlu saya elakkan?

• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

Sumber : Babycenter

Berita Harian Online | Cadangan guru wajib miliki lesen mengajar perlu penelitian lanjut

Berita Harian Online | Cadangan guru wajib miliki lesen mengajar perlu penelitian lanjut

Berita Harian Online | Ibu bapa perlu terap ilmu kekeluargaan

Berita Harian Online | Ibu bapa perlu terap ilmu kekeluargaan

Friday, May 14, 2010

Lagu Tema Hari Guru 2010

Klik Lagu "Guru Pembina Negara Bangsa


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sumber : Portal Rasmi Hari Guru

guru malaysia

Selamat Hari Guru-16 Mei 2010

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

@Usah jemu untuk mendidik anak bangsa sehingga menjadi insan yang berguna.

@Tema Hari Guru Tahun 2010 : "Guru Pembina Negara Bangsa"

Info Hari Guru


Jom Klik Portal Rasmi Hari Guru

Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia

* Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

* Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

* Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

* Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

* Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

* Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Logo Hari Guru

Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

# Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Saturday, May 8, 2010

Berita Harian Online | Kerjaya guru bak limau kasturi, lilin membakar diri

Berita Harian Online | Kerjaya guru bak limau kasturi, lilin membakar diri

Berita Harian Online | 15,500 guru selesai jalani kursus Linus

Berita Harian Online | 15,500 guru selesai jalani kursus Linus

IN-TEAM - AKRAB PERSAHABATAN (MV) NASYID

KaSuT DaNiSh

Sebagai ibu, happy sgt bila tgk danish hari ni dapat pakai sendiri kasutnya dengan betul. yg kelakar tu siap susun kasut ibu supaya ibu sedang pakai dan cepat buka pintu. tau jelah nak ajak keluar lah tu. Semoga danish dapat belajar byk lagi perkara baru....insyaallah...

Happy Mother's Day



Sumber : www.yahoo.com

Wednesday, May 5, 2010

ADAMAYA MV2-Yang Terindah(Dakmie)

Hari Ibu

Renungkan....

Ibu...
selalunya panggilan mak jaa
mak selalu berleter pada kita sebab mak nak yang terbaik untuk anaknya.
tapi anak yg belum cukup matang selalu fikir tension jaaa dengar leteran mak.
tapi mak tak pernah putus asa menasihati anak2nya.


ibu..ibu..ibu..
mak... mak .. mak..
thanks selalu berada disisi walau apapon keadaan..
senang... susah... sentiasa bersama..
bantuan yang tak pernah putus..
sayang mak..

Selamat Hari Ibu untuk mak dan mak mertua.

Kenduri PakNgah --- 2009

Tuesday, May 4, 2010

Kebahagiaan

Terima kasih buat semua yang menyayangi diri kita.
Kita berusaha untuk mencapai kebahagiaan untuk semua orang disekeliling kita.
Namun kita cuma insan biasa... kesilapan... kekurangan.... akan terjadi walaupun kita cuba membendungnya.
Kita perlu tabah kerana setiap konflik yang berlaku adalah dugaan. Pelbagai rintangan perlu dilalui untuk membuat orang yang kita sayang bahagia. Hidup kita akan bertambah riang jika kata sepakat mudah dicapai.
Sikap terbuka amatlah perlu kerana mutu hidup kita akan bertambah baik jika kita mempelajari daripada kesilapan yang lalu.


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Sunday, April 25, 2010

Koleksi Gambar Danish-April 2010

Sukan SK (1) Tmn Selayang

KEJOHANAN OLAHRAGA 2010



Tarikh : 24 April 2010
Tempat : Stadium MPS
Dirasmikan oleh An Azhari B. Ibrahim (YDP PIBG)

Salam...

Ini merupakan kali pertama, gee bersatu tenaga dengan warga SK(1)TS bagi menjayakan sukan sekolah ini. Syukur, semua yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hatiku bertambah gembira apabila rumah sukanku...RUMAH MERAH dapat tempat pertama. Tapi, tahniah juga untuk rumah yang lain .... RUMAH HIJAU,KUNING dan BIRU. Semua peserta adalah hebat2 belaka.

Walaupun pun lenguh berdiri sbb jadi pengadil lorong, tapiiii seronok tau. Nak tau nape sbb leh pegang bendera putih. hehehe konon nya jadi pemantau pentinglah masa tuu. Tugas yang diberi dilaksanakan dengan penuh amanah dan ikhlas. Thanks pd team pengadil lorong.. beri support yg terbaik. Tak lupa juga pd pegawai2 lain sbb byk bantu dan bagi panduan kepada gee.

Apapon.... tahniah kpd murid yg menang dan yg gagal cuba lagi thn depan.. Jgn putus asa !!!